picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. FAQ SYCIF

 

 


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SARAWAK SOALAN LAZIM (FAQ)

SARAWAK YOUTH CREATIVE INDUSTRY FUND (SYCIF)

  Apakah Sarawak Youth Creative Industry Fund (SYCIF)?

SYCIF merupakan peruntukan untuk membantu dan menggalakkan pembangunan bakat serta potensi belia-belia Sarawak dalam melaksanakan projek/ program/ inisiatif yang menjurus kepada bidang kesenian, kebudayaan, kreativiti dan inovasi.

 Siapakah yang layak untuk memohon SYCIF?

  • Belia tempatan Sarawak dan warganegara Malaysia
  • Berumur antara 15 hingga 40 tahun
  • Individu, berkumpulan atau persatuan
  • Hendaklah mengisi Borang Permohonan (MYSS/BELIA/SYCIF/21) beserta Kertas Cadangan mengikut format yang disediakan
  • Projek/ Program/ Inisiatif berasaskan kesenian dan kebudayaan  yang                               lebih kreatif dan kreatif

 Bagaimana hendak memohon SYCIF?

  • Log masuk ke laman web Kementerian Belia dan Sukan Sarawak: myss@sarawak.gov.my
  • Tekan butang paparan Sarawak Youth Creative Industry Fund dan muat turun borang permohonan: Borang MYSS/BELIA/SYCIF/21
  • Isi borang permohonan dan kepilkan bersama dokumen berkenaan:
  1. Kertas CadanganProgramseperti format yang disediakan; dan
  2. Individu: Salinan MyKad dan salinan muka depan buku bank / penyata bank; atau
  3. Persatuan: Salinan Sijil Pendaftaran Persatuan dan salinan muka depan buku bank / penyata bank persatuan.

     Bagaimanakah permohonan SYCIF dinilai dan diluluskan?

  • Dua (2) Jawatankuasa yang menilai SYCIF, iaitu Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Teknikal.
  • Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Sarawak, akan menilai dan mempertimbangkan setiap permohonan yang diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal sebelum membuat keputusan serta meluluskan permohonan.
  • Jawatankuasa Teknikal akan menerima, meneliti, memperakukan dan memantau setiap permohonan bagi memastikan kriteria serta syarat permohonan dipenuhi sebelum dikemukakan untuk keputusan Jawatankuasa Khas.  
Apakah sektor-sektor yang telah dibantu melalui inisiatif ini?
  • Kesenian dan kebudayaan (Muzik, Teater, Filem dan Tarian)
  • Kreativiti dan inovasi
  • Program pembangunan belia
  • Bidang kreatif dan artistik yang lain
Apakah tips permohonan yang mempunyai peluang tinggi untuk diluluskan?
Permohonan anda hendaklah memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan. Projek/ program/ inisiatif yang dicadangkan hendaklah mempunyai impak dan manfaat besar kepada komuniti belia serta masyarakat.
 

Di dalam borang berkenaan terdapat maklumat individu untuk diisi sebagai rujukan. Siapakah yang boleh dijadikan sebagai rujukan?
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan
  • Residen atau Pegawai Daerah di Bahagian/ Daerah Sarawak
  • Pengetua sekolah (pemohon belia bersekolah)
  • Pensyarah/ Dekan (pemohon belia IPT)
  • Majikan/ Ketua Kampung di kawasan masing-masing/ Penasihat/Persatuan (pemohon belia bekerja atau berpersatuan)
Sekiranya saya tiada pegawai dirujuk, adakah saya masih boleh meneruskan permohonan?
Tidak. Anda mesti melengkapkan Borang Permohonan, termasuk mengisi Bahagian B: Rujukan (orang yang boleh dirujuk untuk memberi pengakuan mengenai pemohon).

Berapakah nilai minimum dan maksimum peruntukan SYCIF?
Jumlah peruntukan yang diluluskan ditetapkan pada had minimum RM5,000.00 dan maksimum RM50,000.00 bergantung kepada bentuk projek/ program/ inisiatif yang hendak dilaksanakan.

  Bagaimanakah kaedah penyaluran peruntukan SYCIF? 

Peruntukan SYCIF yang telah diluluskan akan disalurkan terus ke dalam akaun bank pemohon yang berjaya.

Adakah Sekretariat akan melakukan pemeriksaan latar belakang ke atas saya atau Persatuan saya?
Ya. Pemeriksaan latar belakang adalah bertujuan untuk pengesahan dan penilaian bagi Jawatankuasa Teknikal. Pemohon hendaklah jujur dan telus serta mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Setelah permohonan diluluskan, projek/ program/ inisiatif tidak dapat diteruskan disebabkan pandemik. Adakah saya perlu memulangkan peruntukan yang diterima?
Tidak perlu tetapi projek/ program/ inisiatif tersebut hendaklah dilaksanakan bersesuaian dengan keadaan semasa dan dimaklumkan kepada Sekretariat SYCIF. Laporan hendaklah turut dikemukakan untuk tujuan rujukan dan rekod pihak Kementerian.
 
Saya sukar untuk melayari laman web bagi mendapatkan borang permohonan SYCIF disebabkan tiada akses internet di kampung saya. Bagaimanakah cara lain untuk saya memperolehi borang tersebut?
Anda boleh mendapatkan Borang Permohonan SYCIF di Ibu Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (Kuching), Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (setiap Bahagian seluruh Sarawak), Dewan Suarah Sarawak dan Kem Belia Sarawak.
Sekiranya saya telah menghantar permohonan tetapi terdapat pembetulan, apakah cara pengemaskinian permohonan saya?
Anda hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada Sekretariat  SYCIF dan menghantar semula permohonan yang telah dikemaskini.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak memberikan     maklumat yang betul atau dokumen yang tidak sahih?
Permohonan anda akan ditolak.

Saya merupakan pelajar universiti. Bolehkah saya memohon SYCIF?
Boleh. Sesiapa sahaja boleh memohon sekiranya mempunyai bakat dan kemahiran dalam bidang kesenian, kebudayaan, kreativiti atau inovasi.

Adakah saya boleh memohon SYCIF untuk membayar yuran IPT atau membeli komputer riba/ telefon bimbit bagi tujuan melanjutkan pelajaran di universiti?
Tidak. Anda tidak boleh memohon kerana SYCIF bukan biasiswa atau peruntukan untuk kemudahan pembelajaran.

Saya belia Sarawak yang menetap di luar Sarawak (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ luar negara). Bolehkah saya memohon SYCIF?
Tidak. Pemohon hendaklah belia Sarawak yang menetap di Sarawak.

Saya berumur 45 tahun dan merupakan Pengerusi bagi Kelab di kampung saya. Adakah saya layak untuk memohon SYCIF?
Tidak. Kelayakan umur adalah 15 hingga 40 tahun. Walau bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa lain yang berumur 15 hingga 40 tahun berpeluang untuk memohon bagi pihak Kelab/ Persatuan.

Bolehkah saya memohon SYCIF untuk mengadakan pertandingan/ program/ aktiviti sukan?
Tidak. Anda tidak boleh memohon kerana SYCIF adalah peruntukan untuk                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 bidang kesenian, kebudayaan, kreativiti dan inovasi sahaja.

Bolehkah saya memohon SYCIF untuk membuka dan memulakan perniagaan?
Tidak. Sebarang permohonan yang menjurus kepada modal permulaan atau “start-up capital” untuk perniagaan atau keusahawanan  adalah tidak diterima.

Saya telah menerima peruntukan daripada agensi lain, namun ianya tidak mencukupi. Bolehkah saya memohon SYCIF sebagai tambahan      peruntukan projek berkenaan?
Tidak. Anda tidak boleh memohon kerana SYCIF bukan merupakan tambahan kepada peruntukan yang tidak mencukupi.

Bolehkah saya memohon SYCIF untuk mewakili Sarawak ke peringkat antarabangsa atau luar negara?
Boleh. Anda boleh memohon SYCIF sekiranya anda mewakili Sarawak di dalam bidang kesenian, kebudayaan, kreativiti atau inovasi.
 
Adakah saya boleh memohon SYCIF sebagai modal untuk membina atau menyewa bangunan bagi mendirikan sebuah pusat belia/ pusat kegiatan/ studio rakaman/ perpustakaan?
Tidak. Anda tidak boleh memohon kerana SYCIF bukan peruntukan untuk projek fizikal.

Bolehkah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung   (JKKK) memohon SYCIF?
Boleh. JKKK boleh memohon SYCIF sekiranya cadangan projek/ program/ inisiatif adalah dalam bidang kesenian, kebudayaan, kreativiti atau inovasi serta memberi impak kepada komuniti belia setempat.

Bagaimanakah saya tahu sekiranya permohonan saya diluluskan?
Anda akan dimaklumkan secara bertulis (Surat Rasmi) sekiranya                                 permohonan anda diluluskan.

Adakah saya akan dimaklumkan mengenai sebab permohonan saya tidak diluluskan dan bolehkah saya mengemukakan rayuan?
Anda boleh menghubungi Sekretariat SYCIF yang akan memaklumkan sebab-sebab permohonan tidak diluluskan dan anda boleh mengemukakan semula permohonan yang telah ditambahbaik.