picture

Sarawak Youth Creative Industry Fund (SYCIF)

 

Sarawak Youth Creative Industry Fund (SYCIF)


 

TERMA DAN SYARAT

1. Pemohon adalah terdiri daripada belia berumur antara 15 hingga 40 tahun.

2. Pemohon merupakan belia tempatan Sarawak dan warganegara Malaysia.

3. Program hendaklah berasaskan kepada pembangunan belia dalam rangkaian nilai berasaskan aktiviti kesenian dan kebudayaan yang lebih kreatif serta inovatif.

4. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan (Borang MYSED/BELIA/SYCIF/2024) yang disediakan beserta kertas cadangan program.

5. Jenis aktiviti dan projek yang layak harus ditakrifkan dengan lebih baik, contohnya meliputi seni dan reka bentuk, muzik, teater, pembikinan video, permainan video, filem dan lain-lain di bawah skop bidang kreatif dan inovatif.

6. Jumlah peruntukan hendaklah ditetapkan pada hak maksimum RM5,000.00 hingga RM50,000.00 bagi setiap aktiviti / projek atau bergantung kepada jenis aktiviti / projek yang hendak dilaksanakan.

7. Pemohon hendaklah menyerahkan salinan bil, invois atau sebarang dokumen pembayaran untuk membuktikan bahawa peruntukan tersebut telah dibelanjakan bagi tujuan yang diluluskan.

8. Pemberian geran adalah berdasarkan kepada peringkat kemajuan kerja bagi jumlah peruntukan yang besar (melebihi RM50,000.00) dan bergantung kepada jenis aktiviti / projek.

 

SENARAI KEPERLUAN BAGI PERMOHONAN

1.Salinan Kad Pengenalan 

2.Salinan Sijil Pendaftaran Persatuan (bagi pemohon belia yang berpersatuan)  

3.Kertas cadangan program mengikut format MYSS 

4.Mengisi Borang MYSED/BELIA/SYCIF/2024

 

FORMAT KERTAS CADANGAN SARAWAK YOUTH CREATIVE INDUSTRY FUND:

1.0      Tujuan

2.0      Latar Belakang Program/ Projek/ Inisiatif

3.0      Objektif Program/ Projek/ Inisiatif

4.0      Butiran Program/ Projek/ Inisiatif

4.1      Tarikh & Tempat 

4.2      Pengisian Program/ Projek/ Inisiatif

5.0      Justifikasi

6.0      Anggaran Kos Perbelanjaan

7.0      Faedah atau Output Yang Dijangka Daripada Program/ Projek/ Inisiatif

 

BORANG:

1. Borang SYCIF 2024

2. FAQ SYCIF